10 pelajar Pondok YIK lanjut pengajian ke Tunisia

KOTA BHARU: Seramai 10 pelajar Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Ez-Zitouna, Tunisia.

Universiti Ez-Zitouna merupakan antara universiti tertua di dunia, pernah melahirkan ramai tokoh besar.

Dua pensyarahnya pernah dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, salah seorang pelajar terbabit merupakan anak anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

“Apabila kembali nanti mereka akan menjadi ilmuan dan pimpinan masyarakat yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negeri tercinta,” katanya di sini semalam.

Sebelum itu beliau menghantar rombongan pelajar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Hadir sama Tuan Mohd Saripudin yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengarah YIK Zulkifle Ab Rahman, Pengerusi Majlis Perundingan Pondok Kelantan Sheikh Haji Wazir Che Awang, pegawai kanan YIK serta ibu bapa pelajar.

Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Ez-Zitouna pada tahun 2019.

Pusat pengajian tersebut menawarkan 15 tempat kepada pelajar lepasan YIK.

Akhir tahun lepas seramai lapan pelajar lepasan Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) menyambung pengajian ke Universiti Ez-Zitouna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *