35 tahun ‘Tok Lebai Kemudi Negeri’

TANPA sedar kepimpinan ulama di Kelantan sudah menjejaki usia 35 tahun di bawah idealisme Membangun Bersama Islam (MBI).

Jumaat ini genap 35 tahun PAS mentadbir Kelantan selepas mengambil alih kerajaan negeri pada 23 Oktober 1990 setelah berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990.

Program terbabit diadakan serentak dengan sambutan 70 tahun PAS Kelantan selepas didaftar secara rasmi pada 1955.

Acara kemuncak akan diadakan pada 24 Oktober bermula jam 7 pagi bertempat di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dan bermula esok (21 Oktober) akan diadakan pameran arkib, PAS kawasan, agensi kerajaan negeri sehingga 24 Oktober ini.

Karnival 35 tahun Membangun Bersama Islam turut melibatkan pameran, jualan, sukan, pementasan dan pelbagai lagi. Dan pada petang 24 Oktober dijangka diadakan jamuan rakyat.

Pada malam esok (21 Oktober) akan diadakan seminar 70 Tahun PAS Kelantan bertempat di dewan konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) bersebelahan Hotel Perdana.

Pada 22 Oktober pula akan dianjurkan Konsert Amal Sumud Palestin. Program terbabit akan mengetengahkan ahli Global Sumud Frotilla ke Gaza iaitu Musa Nuwayri, Zulfadli Khiruddin dan Iylia Balqis.   

Dan 23 Oktober diadakan solat hajat dan Malam Cinta Rasul. Program tersebut akan bermula solat Maghrib, dikuti persembahan qasidah dan tausiah disampaikan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Syeikh Wazir dan Ustad Mad Kecil.  

Hari kemuncak pada Jumaat akan diadakan Family Fun Walk. Pendaftaran bermula jam 6.30 pagi. Acara pelepasan dijangka akan disempurnakan anggota Exco Dato’ Rohani Ibrahim.

Kemudian diikuti kuliah perdana oleh Ustaz Azhar Idrus bermula jam 8 pagi di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Majlis perasmian sambutan ulangtahun ke-70 PAS Kelantan dijangka bermula jam 10 pagi akan disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Sempena program perasmian akan dilancar buku menyingkap usia 70 tahun PAS Kelantan ‘Tok Lebai Kemudi Negeri’ yang diterbit Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Pada sebelah petang bermula jam 3 akan dilangsungkan pentas anak muda di Dataran Warisan, pentas ulama pula diadakan bermula jam 5 petang di Dewan Jubli Perak MPKB BRI, manakala pentas wanita di dewan konvensyen Kelantan Trade Centre.

Jam 7 malam solat Maghrib, kuliah Maghrib dan solat hajat. Program sambutan diteruskan dengan ceramah perdana bermula jam 9 malam.

Ceramah perdana akan menampilkan pimpinan utama Perikatan Nasional termasuk Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pesuruhjaya PAS negeri dan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Program berakhir dengan anugerah tokoh. Manakala pada Sabtu 25 Oktober akan diadakan Hari Anak Muda Kelantan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *