Manifesto PN ambil kira suara rakyat

PENGANALISIS politik menyifatkan tawaran Perikatan Nasional (PN) bagi menubuh Tabung Masa Depan Sabah (SFF) dengan dana permulaan sebanyak RM10 bilion dijangka dapat melonjak ekonomi Sabah.
Tawaran tersebut merupakan kerangka pembangunan jangka panjang yang mampu melonjakkan Sabah sekiranya PN diberi mandat rakyat pada 29 November ini.
Pemerhati politik Dr Zulkeflee Yaacob menyifatkan kewujudan Tabung Masa Depan akan memberi peluang kerajaan negeri merancang pelbagai program bagi manfaat rakyat.

PN sedia memperjuangkan ketetapan dalam Perjanjian Malaysia 1963, iaitu 40 peratus hasil bersih Sabah mesti dikembalikan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau langkah PN menyediakan tiket penerbangan pelajar bawah subsidi penerbangan ‘Mahasiswa Sayang Sabah’ sebanyak RM1,000 setahun setiap anak Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung, Sarawak dah Wilayah Persekutuan di Labuan sebagai menyubur budaya ilmu.
Selain itu akses pendidikan percuma di universiti Kolej Sabah dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah dapat mengurangkan beban pelajar peringkat awal menjejak kaki di menara ilmu.
Malah, Dana Mahasiswa Sabah menjadi terma entri dalam tawaran sebanyak RM150 juta bagi tempoh 5 tahun termasuk ‘one-off’ melanjutkan pengajian iaitu ijazah RM2,500 dan RM2,000 (diploma dan matrikulasi) serta pelajar tingkatan 6 (RM500) tepat pada masanya.
Baru-baru ini Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin melancar manifesto ‘Tawaran Kasi Bagus Sabah’ sebagai inisiatif terbaik untuk menyelamatkan negeri itu sempena PRN-17 di Dataran Pomoi.

Manifesto utama PN memfokuskan kepada 12 tunjang dan 159 tawaran untuk rakyat Sabah dengan mengambil kira keperluan sebenar serta kekuatan strategik yang dimiliki dalam pelbagai sektor.
Tawaran itu disusun melalui kajian terperinci dan saranan pakar ekonomi, ahli akademik, wakil masyarakat dan kelompok industri.
Isu asas bekalan air, jalan raya dan elektrik mendapat perhatian khusus melalui pendekatan tetapan semula (reset) infrastruktur bernilai RM3 bilion.
Selain itu pemulihan sistem tenaga elektrik Sabah dan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo Sabah diteliti aspek pemudah cara pelaksanaan.
Manakala penstrukturan semula urbanisasi bandar dengan menaik taraf sistem saliran utama dan sokongan infrastruktur tebatan banjir diperuntukan sebanyak RM500 juta.
Dr Zulkeflee menjelaskan suara rakyat yang digariskan PN dalam 159 tawaran melalui 12 tunjang utama disifat disusun secara komprehensif, cermat dan realistik termasuk isu kebajikan mahasiswa.
Kata beliau melalui tawaran kepada rakyat Sabah, PN menyasarkan penjanaan momentum ekonomi baru dengan menggandakan kedatangan pelancong, mengukuhkan sektor pertanian dan perikanan dan mewujudkan 80,000 pekerjaan menjelang 2030.
Sementara itu kebajikan dan kualiti hidup keluarga B40 dan M40, termasuk pengukuhan jaringan keselamatan sosial, penyediaan perumahan mampu milik, bantuan keusahawanan serta program latihan kemahiran yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kemampuan rakyat bersaing dalam pasaran pekerjaan.
“Keselamatan sebagai tonggak penting apabila PN menuntut penyelarasan lebih ketat dengan agensi persekutuan, pemantauan yang dipertingkat dan tindakan lebih tegas terhadap ancaman rentas sempadan.
“Meskipun wujud kebimbangan sebahagian tawaran PN berada bawah bidang kuasa persekutuan seperti pendidikan, keselamatan dan kesihatan, namun kerangka tawaran dapat direalisasi apabila PN mengambil alih Putrajaya pasca PRU ke-16,” ujarnya.
Sebaliknya ada pihak yang menjanjikan makzul hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianggap tidak relevan dengan kos semasa sekarang.
Hujahnya cadangan terarah kepada popular dan retorik politik yang cuba memangsa pengundi kerana terperangkap dalam isu kebajikan.
