Gelanggang Rakyat

PAS cipta rekod lahir ‘anak sulung’ di Sabah

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

DAP tewas semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas yang memperlihatkan pola pengundian menolak parti Semenanjung.

Perikatan Nasional (PN) juga perlu merekonstruksi kepimpinan kerana peratusan hilang deposit PN lebih tinggi berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Namun, di sebalik isu parti lokal, PAS mencipta rekod apabila berjaya melahirkan anak sulung di bumi Sabah.  PAS antara parti komponen PN dilihat paling efektif, manakala Bersatu serta Gerakan tidak mendapat sokongan yang ketara.

PAS menang julung kali menang di N.16 Karambunai melalui Datuk Dr Aliakbar Gulasan. Calon PN yang diwakili PAS itu menang dengan majoriti 371 mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang calon dari BN, Datuk Yakub Khan.

Kejayaan itu menjadi asas kukuh sejak PAS bertapak di Sabah pada Mei 1986. Dr Aliakbar merupakan antara enam Adun lantikan bagi penggal 2020–2025.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu pernah memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Medic Iman (KMI) Tawau Medical Centre (2025) dan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sejak 2023.

Dun Karambunai mempunyai 39,247 pengundi berdaftar. Dr Aliakbar menewaskan calon BN, Mohd Yunus Ibrahim (PBK), Matkri Kassim (PKS), Azman Fathil (GAS), Datuk Arshad Idris (GRS), Ajis @ Hates Abdul (SPP).

Selain itu Datuk Stephen Teo (STARSabah), Ahmad Jais Otong (Warisan), Raynold Saikam Salinggou (Perpaduan) dan Adis Jalie (PIS).

PN berada dalam kelompok parti dari Malaya masih bernasib baik berbanding DAP dan Amanah yang kalah semua kerusi. Maruah PH hanya ditebus PKR apabila menang satu kerusi dan BN (6). Manakala parti tempatan Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS – 29), Warisan (25), UPKO (3) STAR (2), KDM (1) dan Bebas 5.

Angkat sumpah awal pagi

GRS bersama UPKO, PH dan Bebas membentuk kerajaan negeri apabila Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada jam 3.05 pagi, 30 November lepas.

Majlis itu turut disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Pada PRN tersebut PN menampilkan 42 calon di mana 33 mewakili Bersatu. Tiga calon Bersatu iaitu Asmad Nasir di N49 Labuk memperolehi 1,364 undi, Yunus Nurdin di N50 Gum Gum (1,894 undi) dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di N48 Sugut (3,498 undi) tidak hilang deposit.

Dua calon PAS, yang tewas iaitu di N67 Balung meraih 2,265 undi dan N71 Tanjung Batu memperolehi 2,426 undi tidak hilang deposit kecuali N23 Peragas, N63 Kunak dan N72 Merotai.

Seramai 30 calon PN tewas dan hilang deposit kerana mendapat kurang 500 undi termasuk tiga calon Gerakan, iaitu N21 Luyang, N55 Elopura dan N56 Tanjong Papat. Selain itu calon Bersatu, iaitu N36 Kundasang, N26 Moyog, N46 Nabawan, N27 Limbahau, N08 Pintasan, N64 Sulabayan, N47 Telupid, N58 Lamag, N41 Liawan, N01 Banggi, N02 Bengkoka, N59 Sukau, N12 Sulaman, N73 Sebatik, N29 Pantai Manis, N66 Bugaya.

N30 Bongawan, N62 Silam, N35 Sindumin, N53 Sekong, N70 Kukusan, N22 Tanjong Aru, N51 Sungai Manila, N13 Pantai Dalit, N32 Klias, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N04 Tanjung Kapor, N52 Sungai Sibuga, dan N68 Apas.

Dr Ronald Kiandee yang juga Pengerusi PN Sabah ketika memberi komentar usai pembentukan kerajaan Sabah berkata, PN akan terus memperkasa struktur jentera dan merapatkan saf kepimpinan bagi mengembalikan keyakinan rakyat Sabah.

Pemerhati politik merumuskan PN perlu merekonstruksi petinggi kepemimpinan dan merefleksi isu-isu dalaman yang terpalit korupsi dan toksid perlu disifarkan bagi mendepani pilihan raya kelak.

PRN Sabah ke-17 mempertaruhkan seramai 596 calon bagi merebut 73 kerusi Dun, mencatat parti tempatan khusus GRS dan Warisan mendapat undi tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *