Aktivis Sumud Flotilla tidak patah semangat

AKTIVIS Global Sumud Flotilla (GSF) masih mampu melemparkan senyuman biarpun mereka ditahan tentera Zionis Israel. 

Menurut laporan mereka dibawa ke Israel dan diurus untuk dihantar pulang ke Eropah. Semua yang ditahan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Bagaimanapun media di Israel melaporkan aktivis GSF yang ditahan akan dibawa ke penjara Ketziot yang terletak di sebuah gurun di selatan negara itu sebelum proses pengusiran.

Semalam aktivis GSF dari Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan 42 bot Sumud Flotilla dipintas secara haram dan penumpang diculik.

Katanya, apa yang berlaku itu disaksikan seluruh dunia di mana orang awam dari pelbagai negara sanggup mencabar pengepungan tentera Zionis Yahudi di Gaza.

“Namun kapal Marinette masih belayar. Mereka enggan berpatah balik. Ini bukan sekadar sebuah kapal.

“Marinette adalah sumud, ketabahan dalam menghadapi ketakutan, sekatan dan kekejaman,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Kata beliau Gaza tidak bersendirian menghadapi penderitaan di mana rakyat seluruh dunia tidak pernah melupakan Palestin.

Dalam perkembangan lain NGO Suara Gaza terus menghantar bekalan makanan ke Gaza hasil usaha pasukan Suara Gaza di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penyelaras program berkenaan Haji Nazri Deraman berkata, Suara Gaza mendapat kepercayaan komuniti antarabangsa apabila kali ketiga menerima sumbangan tepung gandum dalam kuantiti yang besar.

Katanya, bahan mentah tersebut cukup menyediakan roti setiap hari di tiga kem kawasan perkemahan penduduk yang boleh menampung lebih 3,000 orang bagi tempoh sebulan.

“Subhanallah.. Alhamdulillah. Kami memerlukan RM1,000 sehari untuk kos memasak dan penghantaran. Kami wajib mendapatkan RM30,000 untuk misi penyediaan roti selama sebulan bermula 30 September lepas.

“Sumbangan daripada pelbagai pihak diperlukan untuk mengelakkan saudara kita kebuluran di Gaza. Kami juga meneruskan sumbangan air bersih setiap hari,” katanya di Kota Bharu.

Sumbangan boleh disalur kepada Pertubuhan R Kelantan melalui akaun Bank Islam – 03120010000318. Bagi mendapat maklumat lanjut boleh hubungi Nazri di talian 013 981 1605

Laporan program dan maklumat Suara Gaza boleh diikuti melalui Channel whatApps Suara Gaza di link https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M

Sementara itu ribuan menyertai Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *