Serantau

AS ‘berjudi’ dengan maut di Selat Hormuz

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob |

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan serangan ke atas Iran karena Israel tidak menjamin Iran mengebom Tel Aviv dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilapor tidak bersedia.

Israel menilai efek tidak terjangka kemusnahan apabila serangan balas dari Iran skala besar menurut laporan Axios. Malah, sumber dari AS dan RIA Novosti juga melaporkan kekuatan militer tidak cukup di kawasan Timur Tengah untuk menangkis rudal dan dron Iran.

Manakala Putra Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman pula menyampaikan penolakan rancangan serangan kerana mengganggu stabilitas rantau Asia Barat. Dengan itu kerangka negosiasi rahsia dengan Iran, Trump akhirnya memutuskan untuk membatalkan serangan.

Sebelumnya, di tengah gelombang protes di Iran, Trump sempat menghentikan komunikasi dengan pejabat Iran, sambil menyatakan dukungannya kepada para demonstran dan membuka kemungkinan langkah lain, termasuk serangan udara.

Namun, Teheran menilai pernyataan Trump sebagai ancaman terhadap kedaulatan Republik Islam Iran kerana Iran berbeza dengan negara-negara Arab.

Dakwaan Iran membangunkan aset nuklear ketika Iran menandatangani nonprofikasi nuklear, malah negara itu akur kepada badan energi atom antarabangsa.

Sedangkan pada masa sama Israel tidak menandatangani pembangunan senjata nuklear dan menolak pengawasan badan induk nuklear kerana dikesan sebanyak 75-400 senjata nuklear suatu ancaman diplomasi dunia.

Kedaulatan

Sikap berbohong dan sifat munafik provokasi buruk selama 40 tahun mereka berkempen disinformasi sistematis terhadap Iran. Iran tidak akur pada AS, negara adidaya kerana prinsip pertahan kedaulatan negara.

Iran telah memberi amaran akan menyerang dan mengirim rudal ke Qatar, UAE, dan Arab Saudi sekiranya mereka membantu AS. Selat Hormuz menjadi medan tempur dan ditutup menyebabkan harga minyak dunia mencanak naik kerana Iran merupakan pembekal minyak. Dan lebih 20 peratus kapal minyak utama dunia melalui Selat Hormuz.

Iran memiliki minyak yang mengatur Rusia dan China mendapat minyak dan membina diplomatik sejak sekatan akses perdagangan global oleh AS terhadap Iran 1979.

Iran utuh menghadapi perang dengan AS tidak seperti Venezuela yang lumpuh dalam hitungan minit presidennya diculik kerana sejarah Iran di bawah Persia bersaing dengan Romawi menguasai kawasan Mediterranean.

Militer dan teknologi di bawah Khamenei sangat menekankan pada pengembangan industri pertahanan dalam negeri. Iran telah mencapai kemajuan signifikan dalam teknologi rudal dengan tetapan gudang rudal balistik induk terbesar.

Teknologi dron tempur yang diperhitungkan secara global dan program nuklear meskipun mendapat sabotaj dan tekanan internasional.

Malah militer Iran tidak menjadi tali barut AS dan paling efek sistem pemerintahan Iran telah menetap struktur strategis pengganti Khamenei.

Teknologi digital Iran upaya tinggi meskipun referensi pemimpin agama tradisional, Khamenei dilapor sangat aktif menggunakan media sosial seperti media X, Twitter dan Instagram dalam berbagai-bagai bahasa untuk menyebarkan infomasi politik dan ideologi kepada khalayak global.

Ini suatu langkah yang efektif dalam perang informasi moden. Abraham Lincolm, kapal induk nuklear menjadi peti besi raksaksa di selat Hormuz kerana ia bukan hanya jalur perdagangan tetapi lubang jarum yang mematikan kelak.

Ruang selat sangat sempit rudal balistik yang tertanam di persisir pegunungan selat paling menakutkan apabila perang berlangsung.

Ini akan menjadi titik akhir armada tentera adidaya dunia kerana AS sedang berjudi dengan maut apabila meletus perang dengan Iran.

Iran utuh atas ideologi rakyat dan penjawat awam empayar Iran tidak boleh disogok dengan material. Ideologi agama menjadi teras utama pimpinan tertinggi Iran dan pembelot dapat dikesan awal kerana prinsip dan referensi revolusi Islam Iran.

Ini berbeza dengan banyak pemimpin yang mengubah haluan politiknya, tetapi atribut Khamenei menyebabkan pengikutnya menjadikan beliau sebagai ‘kompas moral’ kerana tidak terpengaruh oleh budaya atau hegemoni politik Barat.

Oleh itu, geopolitik perang bukan atas kepercayaan mazhab tetapi Iran sahaja negara Muslim yang serius mempertahankan masjid Al Aqsa ketika negara lain mampu melihat pencerobohan masjid ketiga umat Islam di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *