
KOTA BHARU: Gabungan NGO Suara Gaza terus menggerakkan misi kemanusiaan ke Gaza biarpun berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan.
Pada Rabu lepas NGO terbabit menghantar bantuan makanan dan air ke utara Gaza.
Presiden NGO R Kelantan, Nazri Deraman berkata, bantuan harian berjaya dilaksanakan hasil sumbangan pelbagai pihak di negara ini dan umat Islam di seluruh dunia.

“Terima kasih di atas sumbangan dan sokongan berterusan anda. Semoga diterima sebagai amalan soleh dan seterusnya memberi kekuatan kepada saudara kita di Gaza untuk terus mempertahankan Palestin dan Masjid Al Aqsa,” katanya di sini.
Menurutnya juga pihaknya terpaksa berhutang bagi meneruskan misi tersebut bagi memastikan rakyat di Gaza tidak terus kebuluran.
Katanya biarpun sumbangan yang diterima dalam keadaan tidak menentu, namun pihaknya diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan misi tersebut.
Kata beliau orang ramai boleh mendapatkan laporan lengkap perkembangan di Gaza melalui Channel Suara Gaza di link https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M.
Nazri juga berkata, NGO Suara Gaza menyediakan pasukan yang lebih besar kerana keperluan di Gaza sekarang amat mendesak.
“Sehingga sekarang kami berjaya wujudkan sebanyak enam team. Namun pelaksanaannya bergantung kepada sumbangan yang diterima,” ujarnya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan R Kelantan – 03120010000318 melalui Bank Islam atau hubungi talian 013 981 1605.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Global Sumud Flotilla mengharap doa rakyat Malaysia bagi memastikan perjalanan mereka bagi menghantar bantuan ke Gaza menjadi kenyataan.
“Ayuh semua mengambil bahagian untuk melakar sejarah baru Global Sumud Flotilla dalam misi bantuan ke Gaza,” katanya pada laman sosialnya.
Orang ramai yang berminat menyumbang boleh melayari sumudnusantara.com