Berita palsu kaitkan PAS Kelantan

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar melalui media sosial yang mendakwa kononnya PAS Kelantan mengeluarkan kenyataan menghina atau memperlekeh misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan memberitahu beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan seperti yang ditularkan itu.

Malah, PAS Kelantan berdiri teguh menyokong sepenuhnya segala usaha murni yang dijalankan badan antarabangsa, NGO dan sukarelawan dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

“Segala bentuk fitnah yang disebarkan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Saya berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan berita palsu dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

“Marilah sama-sama kita terus menyokong dan mendoakan agar segala usaha membantu rakyat Palestin dipermudahkan Allah SWT,” katanya pada kenyataan di Kota Bharu semalam.

Tular di media sosial individu yang menggunakan nama Walyatalattaf mendakwa PAS Kelantan menyifatkan misi Global Sumud Flotilla gagal kerana bantuan yang dibawa ke Gaza ke Gaza.

Sedangkan pada Khamis lepas Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan

Ustaz Ahmad Yakob berkata, PAS Kelantan menegaskan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama perjuangan membebaskan Palestin.

Beliau turut menyeru kesatuan negara-negara Islam dapat digembleng untuk memberi tekanan kepada Israel, demi membebaskan semua yang ditahan serta memastikan misi kemanusiaan dapat diteruskan.

Sehubungan itu beliau mengajak seluruh umat Islam di negara ini berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah SWT delegasi Global Sumud Flotilla sentiasa dalam lindungan-Nya serta agar rakyat Palestin terus diberi ketabahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *