Terus Terang

Dr Samsuri terajui Perikatan Nasional

Oleh Salmah Mat Husain

EPISOD yang menimpa Perikatan Nasional (PN) sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab hari ini selepas pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin dimuktamadkan.

Malah, telahan banyak pihak sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan apabila Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai pengerusi baharu.

Perkara itu diputus selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang turut meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Mesyuarat terbabit diadakan pada jam 3 petang tadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini. Turut hadir semua ahli Majlis Tertinggi PN termasuk empat presiden parti anggota, iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang – Presiden PAS, Dato’ Dr Dominic Lau – Presiden Gerakan serta P. Punithan – Presiden MIPP.

Agenda utama mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik pengerusi baharu.

Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Dr Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara-perkara lain berkaitan hala tuju dan kepimpinan gabungan itu akan dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.

Berikutan keputusn itu pelbagai pihak merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Ahmad Samsuri termasuk bekas Menteri Besar Perlis.

Mohd Shukri Ramli berkata, beliau merakam ucapan tahniah kepada di atas perlantikan sebagai Pengerusi PN baharu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Wan Roslan Wan Hamat turut merakam ucapan tahniah kepada Dr Ahmad Samsuri yang dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi PN yang baharu.

“Pelantikan itu mencerminkan kepercayaan serta harapan besar terhadap kepimpinannya dalam usaha memacu perjuangan dan kesatuan ummah. Teruskan langkah di atas keberkatan Allah,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato’ Mohamed Farid Zawawi juga merakam tahniah di atas pelantikan Menteri Besar Terenggganu sebagai Pengerusi PN baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *