
DI SEBALIK gencatan senjata Hamas-Israel analisis kualitatif di lapangan dikesan mendedah lebih 7,000 tentera Israel terkorban dan 25,000 cedera serta cacat.
Zionis Israel juga kehilangan ratusan kereta kebal dan dron, ribuan peluru serta puluhan pesawat tempur.
Israel juga kehilangan hubungan normalisasi dengan negara Arab sekali gus merenggang pakatan risikan dalam hubungan diplomatik serantau.
Imej ultra perkasa yang cuba digambarkan terhadap Israel sebelum ini ternyata hanya mitos di sebalik laporan media massa yang berat sebelah.
Kepimpinan Benjamin Netanyahu hilang maruah dalam kalangan penduduk tempatan khusus kaum Yahudi dan antarabangsa, di mana impiannya mahu menawan Gaza ternyata gagal.
Pakar psikososio Dr Zulkeflee Yaacob turut mendedah ribuan kediaman penduduk musnah di wilayah diduduki Israel sehingga Zionis Yahudi hilang sokongan masyarakat global.

Kata beliau solidariti bersama Palestin bawah slogan massa ‘Free Palestine’ meluas di seluruh pelusuk dunia.
“Aspek keselamatan dan kestabilan Israel makin goyah dan bergesel apabila hilang perpaduan barisan petinggi berpecah terutama barisan para jeneral dan pegawai elit ketenteraan.
“Kehebatan teknologi Israel yang dianggap nombor satu di dunia turut dihakis massa kerana kesombongan mereka,” katanya di Ipoh.

Sebaliknya dunia menyaksikan nilai kesabaran warga Palestin sehingga hari ini semua penghuni bumi bercakap mengenai mereka.
Sebenarnya gencatan senjata Hamas-Israel untuk mengakhiri perang dan pertukaran tahanan telah dipersetujui sejak 15 Januari 2025.
Sebaliknya pada Jumaat lepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada kenyataan menggambarkan Israel dan Hamas mencapai persetujuan dalam pelan gencatan senjata dan pertukaran tahanan.
Cabaran
Namun, berdasar laporan Anadolu Ajans tetap wujud cabaran pelaksanaan pelan damai tersebut.

Rincian kesepakatan Hamas dan Israel, iaitu 250 tahanan keamanan dibebaskan. Sebanyak 1,700 warga jalur Gaza yang tidak terlibat dalam peristiwa 7 Oktober 2023 yang ditangkap akan dilepaskan.
Selain itu 22 remaja bawah usia 18 tahun dari Gaza yang tidak terlibat dalam serangan 7 Oktober yang ditahan akan dibebaskan dan 360 jenazah pejuang Hamas akan dikembalikan ke Gaza.
Maka kelompok kanan mendesak Presiden Trump memastikan regim Zionis Israel mematuhi sepenuhnya tanpa penundaan terma perjanjian gencatan senjata.
Malah, AS mengerah 200 tentera dalam pasukan khas ke Gaza dikenali Civil Military Coordination Cell berperanan memastikan pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza berjalan lancar.
Namun, Menteri Dalam Negeri Israel Ben Gvir dalam kenyataannya memberi amaran keras Hamas perlu dihapuskan. Rakannya Menteri Kewangan Smotrich pula dengan sombong menyatakan Hamas mesti dihancurkan setelah semua tahanan Israel dibebaskan.
Mereka merupakan ekstremis Zionis Israel yang menjadi punca kegagalan pelan damai sebelum ini.