
NILAI madani yang cuba dimegahkan di era kerajaan sekarang cacat dengan muncul lagi isu membabitkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Kali ini lebih hebat dengan jamuan arak di majlis rasmi.
MOTAC banyak cedera dengan gelagat menteri. Sedangkan situasi seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Inilah hebatnya madani.
Tiong Kim Sing ialah ahli parlimen Bintulu dari Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak, iaitu komponen dalam Gabungan Parti Sarawak diangkat menjadi menteri MOTAC.
Pemerhati politik tempatan Dr Zulkeflee Yaacob menyifatkan menteri terbabit sering mencetuskan isu sensitif dan bersilang norma serta etika.
Antaranya isu mencampuri operasi Imigresen di KLIA dan video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak memaparkan masjid walaupun kuil, gereja dan tokong tersergam dalam video.
Isu lain kata beliau menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dr Ammar Abd Ghapar dengan alasan tidak sehaluan.

“Rakyat juga tidak lupa isu Bak Kut Teh diangkat sebagai Warisan Negara,” kata beliau di Ipoh.
Sedangkan di negara lain termasuk Britain, China, India, Pakistan atau Arab pemabuk arak tempat awam boleh dikenakan denda sehingga enam bulan penjara atau denda tanpa had.

Kata Dr Zulkeflee mereka dilarang memandu dalam tempoh setahun hingga tiga tahun dan sekiranya mengulangi kesalahan boleh dihukum maksimun 10 tahun.
Pemanduan menyebabkan kemalangan maut berpunca mabuk alkohol dan dadah yang menyebabkan kematian boleh dihukum penjara seumur hidup dan denda tanpa had.
Lesen memandu mereka juga ditahan hingga 15 tahun, dan kesalahan berulang menyebabkan lesen memandu ditahan seumur hidup atau tanpa hak memohon semula selama 15 tahun.
Di sisi lain nama mereka disiarkan tular di media-media tempatan.
Malangnya di negara ini penguatkuasaan di jalan raya dianggap tidak konsisten kerana masih wujud budaya selesai kesalahan dengan membayar di kaunter.
Oleh itu jelas arak mengundang mudarat awam di samping masalah kesihatan dan kekacauan dalam keluarga.
Arak asal kata pinjaman Arab, iaitu araq yang membawa maksud peluh dikaitkan minuman beralkohol khusus daripada anggur dan jintan manis dan bahan lain yang mengandungi etanol menyebabkan rasa mabuk.
Pelbagai jenis arak terdapat di pasaran seperti khamar, rum, shamsu, scotch, wiski, wine, beer, gin, bitters dan margaritta.
Hilang akal
Dalam Islam hukum minum arak adalah haram. Arak menjadi minuman ‘kemegahan’ orang-orang fasik, kafir dan munafik dan boleh menghilangkan fungsi akal normal.
Sesetengah mazhab dalam Kristian dan Buddha turut mengharamkan arak. Malah banyak negara, kerajaan mengharamkan penjualan arak kerana berbahaya terutama kepada kanak-kanak.
Di Barat arak dijamu pada acara keraian dan majlis sosial. Selain itu arak sebagai bahan perisa yang mengandung etanol yang dapat melarutkan lemak dan minyak dalam masakan.
Malah tahap asid dalam arak digunakan untuk menambahkan rasa manis dalam proses memasak hingga cairan dan bahan menjadi sebati.
Rasa lemak-berlauk apabila air rebusan daging, tulang dan sayur yang dituainya berasa lazat dan aroma menarik selera makanan.
“Di Malaysia isu arak dikaitkan dengan tadbir urus negara yang menimbulkan kegusaran awam terutama masyarakat Islam Melayu yang majoriti sebagai penduduk negara.

“Isu pemandu mabuk suatu realiti yang tiada penamat. Hukuman terhadap pemandu mabuk dianggap sebagai kecuaian memandu sahaja dengan dikena hukuman tidak setimpal lazimnya 3 hingga 10 tahun penjara, denda RM20,000–RM50,000 dan lesen digantung sementara,” katanya.