
AMERIKA Syarikat (AS) tetap memperalatkan kuasa veto tanpa ragu bagi menghalang usaha Palestin menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sejak 2012.
Pengakuan negara Palestin oleh negara-negara Barat hanya pola lama, malah sejumlah 151 negara daripada 193 negara anggota PBB mengakui keabsahan Palestin, namun jumlah itu tidak memberi makna apabila AS menggunakan keramat veto.
Pemerhati politik antarabangsa Dr Zulkeflee Yaacob menyifatkan pengakuan negara Palestin tanpa keanggotaan penuh di PBB umpama ‘mahkota tanpa tahta’ telah diingatkan oleh diplomat Palestin pada sidang media di Janin 18 September lalu.

Namun, pandangan Barat terhadap Palestin mulai berubah. Presiden Perancis Emmanuel Macron pada pidato di PBB menyatakan pengakuan kewujudan Palestin dengan nada penuh yakin.
Portugal melalui Menteri Luar Negeri Paolo Rangel menyebut langkahnya konsisten selaras hukum antarabangsa dan resolusi PBB.
Malah, Inggeris mengiktiraf Hussam Zomloid sebagai Duta Besar Palestin pertama di London. Ia sebagai langkah diplomatik yang simbolis.
Negara-negara Barat mengakui Palestin sebagai negara merdeka. Barat akur protes global dan kemarahan dunia yang memberi tekanan terhadap Israel.
Demontrasi mega menggoncang asas politik Barat berlaku hampir setiap minggu menuntut gencatan senjata dan menghentikan perdagangan senjata dengan rejim Zionis Yahudi.
Tekanan antarabangsa
“Demo isu Palestin telah menyatukan pelbagai kelompok Muslim, Kristian, Yahudi properdamaian, aktivis hak asasi manusia (ham), mahasiswa dan pelbagai pihak.
“Mereka memaksa Israel menghentikan pembunuhan penduduk Gaza, rejim haram Israel terus berdegil melakukan pengeboman, perampasan tanah di Tebing Barat.
“Ini dilihat sandiwara diplomatik untuk menyelamatkan nilai pemimpin Inggeris, Perancis, Kanada, Australia, Portugal dan negara-negara yang sekian lama menjadi benteng dukungan politik Israel,” katanya pada kenyataan.
Benjamin Netanyahu dalam pidatonya di Yerusalam Timur pada 15 September lalu menegaskan bahawa wilayah ilegal yang diduduki sejak 1967 dan tidak akan ada negara Palestin.
Kenyataannya bukan retorika tetapi penyataan tegas kepada dunia bahawa mereka tidak akan tunduk pada tekanan diplomatik.
Israel bertindak balas dengan memanggil balik duta besarnya di Ottawa, Paris dan London sebagai protes dan menangguh semua bilateral keamanan dan teknologi.
Malah, Israel terus mempertimbang meluas pemukiman ilegal di Tebing Barat.

Di sebalik pengakuan Eropah terhadap negara Palestin, Washington masih beraksi provokatif dengan mencabut visa Presiden Palestin Mahmud Abbas dan delegasi Palestin yang akan menghadiri sidang umum PBB di New York.
Sasaran politik AS sangat jelas melanggar perjanjian fasal markas besar PBB 1947 yang menjamin akses tanpa hambatan bagi semua negara anggota PBB dan pemerhati. AS kekal dengan telunjuk lurus kelingking berkait.
Seorang profesor dari Institute For Graduate Studies Muhammad al Yusri
menyatakan langkah performatif dilihat melakukan sesuatu tanpa benar-benar mengambil risiko.
Dr Zulkeflee berkata, diplomasi simbolis memberi legitimasi tanpa kekuatan seperti pedang tanpa mata.