Maruah PM Israel tercalar teruk

MARUAH Perdana Menteri (PM) Israel Benjamin Netanyahu tercalar teruk apabila majoriti negara menolaknya dan mengikrar pengakuan terhadap Palestin di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pemimpin zionis Israel itu diasak dan ditinggalkan di podium PBB keseorangan apabila banyak wakil negara melangkah ke luar ketika ucapannya.

Pada 26 September lepas, Dewan Majlis Umum PBB lenggang apabila ramai wakil negara meninggalkan dewan sejurus Netanyahu memulakan ucapan.

Tindakan ‘walk out’ beramai-ramai tersebut sebagai bentuk bantahan terhadap tindakan zionis Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Malah, Netanyahu berdepan penentangan keras warganya sendiri sehingga ribuan warga Israel menandatangani petisyen mendesak menghentikan genosida dan kekejamannya di jalur Gaza.

Warganya menjadi bencana terhadap Netanyahu yang sedang menunggu detik kejatuhannya dari tampuk kuasa.

Plot perang Israel tidak berakhir kecuali pelan sekatan perdagangan senjata dan ekonomi sekali gus menekan upaya Amerika Syarikat (AS) untuk mengakhiri kekejaman Israel.

Pemerhati politik antarabangsa Dr Zulkeflee Yaacob menyifatkan kelompok Yahudi masih menganggap Palestin sebagai tanah yang dijanjikan Tuhan untuk penganut Yahudi.

Dakwaan mereka tanah Palestin hak Bani Israel keturunan Nabi Yaakub bin Ishak dan cucu Nabi Ibrahim sebagai hujah seperti yang tertera dalam al-Quran.

Normalisasi Israel Yahudi perlu diteliti dari perspektif agama dan sejarah berasaskan sifat kaum Yahudi.

Sembunyi kebenaran

Al-Quran menjelaskan habit dan kesukaan golongan Yahudi menyembunyikan kebenaran. Ia dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 42 dan ayat 68-71 tentang sikap keras kepala atau degil.

Manakala dalam surah az-Zukhruf ayat 49-50 tentang ingkar janji-janji al-Quran.

Dalam surah an-Nisa pula ayat 53 menceritakan tentang bakhil dan tamak, malah ayat 46 mereka mempermainkan ayat-ayat Allah.

Sifat Yahudi sering berbuat dosa, menyebarkan permusuhan dan memakan benda haram terkandung dalam surah al- Maidah ayat 62-63, dan surah al-Imran ayat 112 merekodkan amalan suka membunuh para nabi Allah.

Dr Zulkeflee menjelaskan Zionis merujuk kepada sebuah gerakan politik yang dipelopori Moses Hess untuk menubuhkan negara haram Israel.

Zionis merupakan sebuah ideologi politik yang menggunakan nama ‘Yahudi’ sebagai asas perjuangan melalui gerakan politik bagi orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19, di mana ketika itu dikuasai kerajaan Uthmaniyah Turki.

Bani Israel hanya menjadi bangsa pilihan ketika mereka menganut Islam dan mempercayai Allah meskipun segelintir terjerumus kelompok musyrik atau kekafiran zaman itu.

Bumi berkat

Tanah Palestin dianggap berkat kerana menjadi tempat tinggal para nabi dan Rasul Allah serta penyebaran risalahnya.

Di antara rasul yang terkait dengan Palestin termasuk Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Isa. Mereka adalah keturunan dan jalur Nabi Yaakub.

Sejarah lampau pengikut Nabi Musa diperintah untuk membebaskan Palestin, namun mereka menolak untuk masuk ke Palestin kerana ketakutan terhadap kekuatan bangsa Kanaan.

Mereka mencipta alasan tidak merebut kembali tanah Palestin dengan keyakinan bangsa Kanaan keturunan Ham antara salsilah Nabi Nuh terlalu kuat untuk dikalahkan.

Pengikutnya mengejek dan menolak ikut serta Nabi Musa atas risalah beriman kepada Allah. Kisah ini terdapat dalam Quran surah al-Maidah ayat 21-26 secara jelas mereka golongan fasik yang mengembara kebingungan di bumi.

Sarjana Islam Syeikh Athiyah Saqr, mantan Ketua Lujnah Fatwa Al Azhar menjelaskan sebelum kelahiran Nabi Isa terdapat sebuah suku keturunan Nabi Ibrahim yang tinggal di tepi sungai Efrat atau al Furat.

Kawasan itu subur untuk bercucuk tanam dan mengembala ternakan sebagai sumber kehidupan kemudian berpindah ke arah barat melintasi daerah Aluviar atau Mesir Hulu.

Mereka dikenali sebagai orang Ibrani dan sekarang disebut Yahudi. Mereka berpindah-randah tanpa tujuan hingga akhirnya tiba di Mesir dan hidup dengan damai selama lima abad.

Selama tempoh itu orang Yahudi mengalami perlakuan tidak adil dan penindasan oleh penguasa Mesir, Firaun.

Nabi Musa diutuskan untuk menyelamatkan mereka dan di bawah pimpinan Nabi Musa, mereka diberi petunjuk dan dibimbing tauhid beriman kepada Allah.

Diaspora mereka melewati Sinai menuju suatu destinasi sebagai tempat tinggal baharu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *