Presiden BBC dilantik Bendahari PAS Kelantan

KOTA BHARU: Presiden Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) negeri Dato’ Abdul Rahman Yunus dilantik sebagai Bendahari PAS Kelantan yang baharu menggantikan bekas Adun Pengkalan Pasir Dato’ Hanifa Ahmad.

Manakala bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato’ Abdullah Ya’kob dilantik Penolong Setiausaha 1 PAS Kelantan.

Pelantikan itu dibuat pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob di Pejabat PAS negeri petang ini.

Ustaz Ahmad berkata, Jawatankuasa Harian sesi 2025–2027 bagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya I kekal disandang Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Timbalan Pesuruhjaya II Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya III Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan. Semua jawatan tersebut kekal daripada sesi lepas.

Begitu juga Setiausaha PAS negeri Dato’ Wan Roslan Wan Hamat, Ketua Penerangan Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Pengarah Pilihan Raya Dr Wan Nik Wan Yusoff.

Penolong Setiausaha II Dr Haji Nazmi Ghazali Azmi dan Penolong Setiausaha III Ustaz Mohd Ashari Mohd Zain.

Selain itu, tujuh dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr Johari Mat, Wan Rohimi Wan Daud, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, Hanifa, Rohani Ibrahim, Hilmi Abdullah dan Zamakhshari Muhamad.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *