Sudah hilang deria sensitif

SALMAH MAT HUSAIN

TINDAKAN Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya membiarkan arak dihidang dalam majlis rasmi kerajaan dianggap sebagai sesuatu yang biadab dan menjijikkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi menyifatkan tindakan itu sebagai usaha cuba membiasakan arak sebagai minuman di majlis rasmi kerajaan.

Kata beliau perbuatan tersebut tidak mempunyai nilai sensitif dalam masyarakat di Malaysia yang majoriti orang Islam.

“Tindakan sedemikian menunjukkan hilangnya sensitiviti terhadap masyarakat Islam, malah turut mencabar nilai keharmonian kaum yang sekian lama menjadi tunjang kestabilan negara.

“Benar tiada halangan untuk bukan Islam minum arak, namun menyediakan arak secara terbuka dalam majlis rasmi kerajaan satu bentuk kesombongan terhadap nilai toleransi yang dipertahankan,” katanya di Kota Bharu semalam.

Baru-baru ini diviralkan majlis Makan Makan Global Travel Meet Gala yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur ditular beberapa pemimpin politik memegang gelas arak.

Oleh itu Mohd Firdaus turut menggesa Kerajaan Madani menyiasat perkara itu dan menilai semula kerjasama antara Tourism Malaysia dengan sebuah jenama kedai kopi antarabangsa.

“Kita tidak mahu kerajaan Madani dilihat mesra zionis di mana sebelah tangan menghulur bantuan kepada rakyat Palestin, sebelah lagi bermain wayang dengan ejen ekonomi zionis yang menzalimi rakyat Palestin,” ujarnya.

Menurutnya juga Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengeluarkan garis panduan terhadap amaran kemudaratan arak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *