Zionis Israel gagal lumpuh Hamas

ZIONIS Israel ternyata mengalami sindrom marah dan panik akibat imej buruk kerana kalah perang selama dua tahun dengan Hamas.

Israel gagal mengusir warga Palestin dari Gaza dengan segala cara untuk melumpuhkan Hamas, malah gagal membebaskan tawanan meskipun dengan paksaan.

Dengan gencatan senjata mereka sepakat membebaskan tawanan tetapi komplikasinya mereka licik untuk melanjutkan perang terutama di Rafah di mana banyak pelanggaran dilakukan.

Usahanya cuba menyalahkan Hamas ditolak masyarakat dunia kerana sudah lali dengan naratif palsu zionis Israel.

Masyarakat dunia sudah lama faham sifat dan sikap Zionis Israel. Netanyahu, Menteri Keselamatan Itamar Ben Gvir dan Menteri Kewangan Smotrich secara jelas tidak mengizinkan warga Palestin hidup.

Mereka nekad mahu mengalahkan Hamas di jalur Gaza. Pasca gencatan senjata mengorbankan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin seperti dilapor agensi pertahanan awam Gaza.

Zionis Israel juga menghentikan sementara bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyasarkan beberapa lokasi yang didakwa sebagai pangkalan Hamas.

Pemerhati politik Asia Barat Dr Zulkeflee Yaacob berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan ketenteraan bagi mengelola dan menamatkan pengkhianatan Israel di Gaza.

Kata beliau tentera zionis Israel menyerang Semenanjung Gaza di mana kereta kebal melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Younis dan Kota Gaza.

“Pendekatan agresif Israel berterusan walaupun pascapengisytiharan gencatan senjata kerana Netanyahu telah hilang kemampuan politik dan dukungan rakyatnya untuk melanjutkan perang di jalur Gaza.

“Kenyataan itu bercanggah dengan gambaran diberi Donald Trump, kononnya perang sudah berakhir, namun zionis terus melanggar keputusan gencatan senjata.

“Inilah watak sebenar zionis Israel. Apabila meneliti kisah dan sirah serta surah bahawa mereka gemar berpaling dan sifat pengkhianatan terutama kepada Nabi Musa,” katanya di Ipoh.  

Sirah

Bani Israel menolak ajaran Nabi Musa kerana takut kematian. Kemudian datang pula Nabi Isa alaihissalam membawa kebenaran melalui kitab Taurat tetapi mereka menolak dan menuduh Nabi Isa berdusta.

Pengakhirannya mereka menyalib kononnya Nabi Isa tetapi Allah menyelamatkan Nabi Isa yang tertera dalam Quran surah An Nisa ayat 157, mereka tertipu oleh prasangka semata-mata.

Sejarah mencatatkan Bani Israel mengulangi sajarah kejahatan dan tipu daya atas menolak kebenaran sejak Nabi Musa hingga Nabi Muhammad SAW.

Kini pelanggaran perjanjian gencatan senjata dan penindasan oleh Israel terhadap Palestin berlanjutan.

Meskipun penindasan dan pembantaian terhadap Muslim tetapi umat Islam tidak diam berdasarkan catatan plot Shafiyyah Abdul Muttalib.

Bani Quraizah juga terangan mengkhianati Piagam Madinah ketika perang Ahzab dengan turun dari benteng dan menebar teror ancaman dan ketakutan serta keganasan ke rumah-rumah Muslim.

Pengkhianatan terhadap Rasulullah oleh dua suku Yahudi di Madinah, iaitu Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang menandatangani Piagam Madinah untuk menjaga kota Madinah tetapi berpakat dengan kafir Quraisy menggempur kaum Muslim dari dalam.

“Kaum Yahudi berpecah kepada banyak kumpulan kerana saling menuding kekafiran dan memomok keyakinan atas naratif palsu yang mengakibatkan mereka kehilangan arah,” kata Dr Zulkeflee.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *