
KEDEGILAN berterusan Israel tanpa menghirau sesiapa pun akhirnya bertemu buku dengan ruas. Selepas kemusnahan besar menimpa negara haram zionis Israel akibat dihentam rudal Iran, kini negara Barat turut ‘memijak’ keegolan negara itu.
Presiden Irlandia, Michael Higgins mendesak Israel dan negara sekutu pembekal senjata diusir dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pemerhati politik antarabangsa Dr Zulkeflee Yaacob menyifatkan Higgins antara pejuang hak asasi manusia (HAM) dan pernah mengecam invansi Iraq, membongkar tragedi elmozote dan berani berkunjung ke Gaza.

Kata beliau sikap dan bicaranya vokal memberi kesan moral tinggi terhadap kesatuan Barat yang mulai retak selepas demokrasi acuan Barat diam membisu ketika puluhan ribu genosida berlaku di Palestin.
Irlandia mempunyai saiz tentera kecil, namun mempamerkan atribut nilai keberanian politik dengan membela warga Gaza akibat genosida Israel.
Ekoran itu media Israel melevel Higgins sebagai tokoh anti-zionis dan menganggap sebagai ancaman percikan awal persengketaan politik di Eropah.
Higgins juga berani menyindir Trump ketika berkunjung ke Inggeris, bahawa Washington sekutu paling setia kepada Israel.
Lebih mengaibkan zionis Israel lagi apabila Presiden Colombia Gustavo Petro pula mengusir semua diplomat Israel dari negara Amerika Latin itu.

Beliau juga mencabut perjanjian bebas di antara Colombia dan Israel sebagai protes setelah kapal perang Israel menahan armada bantuan Gaza, Global Sumud Flotilla dan menangkap aktivis yang berpartisipasi dalam misi kemanusiaan.
Petro, sangat menentang perang brutal Israel di Jalur Gaza, mengatakan dua warga negara Colombia yang berpartisipasi dalam armada tersebut ditahan pasukan bersenjata Israel.
Berani
Keberanian luar biasa Higgins dan Petro sepatutnya mencelik mata pemimpin negara umat Islam. Sebaliknya pemimpin dunia Islam masih bersandiwara dengan Amerika Syarikat yang berada di belakang Israel. Inilah punca dunia Islam lemah dan melayu.
Sebelum ini Israel bebas menjuarai pembunuhan di Gaza kerana masyarakat dunia gagal menghentikan keganasan yang melampaui batas hukum kemanusiaan.
Negara haram Israel menjadikan Hamas sebagai sasaran di medan saraf bagi menghalalkan kejahatan melampau di Gaza.
Zionis Israel merupakan ideologi rasis dan kolonialisme yang mendukung apartheid dan genosida.

Fenomena keganasan dan kekejaman Israel boleh mengancam kestabilan negara serta perdamaian global sekiranya terus dibiarkan bermaharajalela.
Antara ekstremis sayap kanan Israel termasuk Ben-Gvir, lahir pada 1976 merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Dan Smotrich sebagai Menteri Kewangan lahir 1980. Mereka merupakan ekstremis zionis menolak keras proposal Gaza dan mendesak perang dilanjutkan ketika Netanyahu menyanjung tinggi Donald Trump di Washington pada 30 September lalu.