CARI REZEKI DI SEMPADAN..
ADU@rakyat

CARI REZEKI.. Bagi anda yang tiada kenderaan bagi menyeberangi sempadan Thailand-Rantau Panjang selepas menjalani pemeriksaan Imigresen tidak perlu risau kerana ada perkhidmatan motosikal tambang. Perkhidmatan membawa pelanggan dari Kompleks Imigresen Thailand ke stesen bas di Rantau Panjang dikenakan caj RM10 seorang. Terdapat lebih 40 penunggang perkhidmatan motosikal tambang di kawasan sempadan terbabit.
Mereka menggunakan sistem nombor bagi membawa penumpang atau barangan menyeberangi sempadan. Di vest yang dipakai mereka tertera nombor dan tulisan Siam perkhidmatan motosikal tambang. Perkhidmatan tersebut disediakan bermula jam 7 pagi sehingga 10 malam bagi memudahkan orang ramai yang tiada kenderaan menyeberangi sempadan Kelantan-Thailand.
