Gelanggang Rakyat

Elak PH bertapak kukuh di Johor

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob |

PAS menampilkan 11 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini. Sembilan calon merupakan muka baharu dan lelaki, manakala dua calon wanita usia antara 30 hingga 61 tahun.

Kerusi yang ditandingi iaitu Jementah, Tiram, Simpang Jeram, Pasir Raja, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Tenang, Endau, Sri Medan dan Kahang. Mereka termasuk bekas Adun Umno Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu PAS membuat pertimbangan teliti, di mana kebanyakan calon memiliki pelbagai pengalaman dan latar biografi berbeza.

Ada calon yang pernah bertanding sebelum ini, dan PRN kali ini berbeza kerusi Dun pula. PAS menggunakan logo PN. Begitu juga Bersatu, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Pejuang menggunakan logo PN.

Johor boleh dianggap sebagai kubu Bersatu. Ketika pelancaran jentera pilihan raya Bersatu di sebuah dewan yang agak selesa di Johor didapati ramai yang hadir.

Selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, pemimpin parti itu seperti berhempas pulas untuk memberi gambaran Bersatu ada jentera di peringkat akar umbi.

Bersatu perlu membuktikan memiliki petugas yang ramai sebagai tindak balas terhadap kenyataan awal Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang membayangkan jentera PAS hanya menumpukan 11 Dun yang ditandingi parti terbabit.

Namun pada Mesyuarat Khas PAS Pusat semalam membuat ketetapan mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor.

‘Jom Jaga Johor’

Selain itu menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’. PAS juga menggerakkan seluruh jentera PAS di 11 kerusi yang ditandingi parti terbabit.

Presiden PAS pada kenyataan turut menyeru pengundi tidak memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan PH.

“Menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan,” katanya pada kenyataan malam tadi. Setidak-tidaknya tanpa penglibatan jentera pilihan raya PAS di 16 Dun yang ditandingi Bersatu, ia dapat membuktikan parti terbabit memiliki jentera yang tidak kurang hebat.

Tiada arahan penyokong PAS tidak mengundi calon Bersatu kerana mereka juga mewakili PN. Apa yang penting Presiden PAS membuat ketetapan mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor.

Kenyataan itu memberi isyarat penyokong PAS tetap membantu memenangkan calon PN yang diwakili Bersatu bagi mempertahankan kuasa politik Melayu Islam.

PAS dilihat berjiwa besar bagi memastikan PN memiliki suara di Dewan Undangan Negeri Johor tanpa mengira parti itu dari Bersatu, MIPP atau Pejuang. Kenyataan PAS agak lantang kebelakangan ini sebagai memberi ingatan keras kepada rakan-rakan tahaluf siyasi dalam PN supaya tidak mengkhianati apa yang sudah disepati.

Berulang

Apa yang penting tidak berulang tragedi yang pernah berlaku di Perlis dan Negeri Sembilan. Agenda akuan sumpah (SD) untuk menjatuhkan Menteri Besar Perlis dari PAS tidak sepatutnya berlaku.

Begitu juga tindakan dua Adun Bersatu di Negeri Sembilan menarik balik SD bagi menyokong 14 Adun Umno menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kini PAS rekonstruksi waktu demi survival politik Melayu daripada melayan kerenah sahabat dalam PN. Ini kerana matlamat perjuangan PN bagi memperluaskan jaringan politik Melayu-Islam tanpa menyisihkan masyarakat bukan Islam.

Jangan pula ada pemimpin parti kompenan menganggap Pengerusi PN Dato’ Seri Ir Dr Samsuri Mokhtar sebagai penyu, lembab dan ‘blur’ kerana keputusan mesyuarat tidak berpihak kepada parti terbabit.

PN perlu sokongan merentasi parti politik, NGO, tokoh dan individu untuk melangkah lebih jauh dalam arus perdana politik Malaysia bermula di Johor. Johor bukan tempat untuk eksperimen politik peribadi. Penyokong PAS dan PN perlu memastikan PH tidak bertapak kukuh di selatan tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *