Gelanggang Rakyat

Undi Cina berpecah prestasi kerajaan Madani merosot


Oleh Dr Zulkeflee Yaacob |
SEKULARISME suatu ideologi atau fahaman yang memperjuangkan pemisahan institusi agama daripada pentadbiran negara, politik, dan kehidupan sosial. Dalam sistem ini, urusan keduniaan ditadbir berdasarkan fakta dan rasionaliti manusia tanpa campur tangan autoriti keagamaan.

Meskipun istilah tersebut memberi kebebasan beragama kepada rakyat, tetapi pengasas negara telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia di bawah fasal 3 perlembagaan. Jejak sekularisme berkembang di Eropah akibat tindak balas terhadap penindasan dan campur tangan institusi gereja dalam urusan politik pada Zaman Pertengahan. Istilah ini kemudiannya dicipta oleh penulis British, George Jacob Holyoake.

Namun, majoriti akademia Islam menegaskan bahawa sekularisme bercanggah dengan konsep Islam sebagai panduan hidup yang menyeluruh. Ia dilihat menyempitkan peranan agama sekadar ibadah peribadi dan menolak perundangan agama.

Dalam kasus negara pemimpin politik utama negara seperti Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Lim Kit Siang dilihat menjenama pentadbiran dan khusus parti jalur Kit Siang pernah menyatakan bahawa sekularisme tidak menolak agama di Malaysia.

Malah, Perdana Menteri menolak sekularisme mutlak kerana institusi beraja sebagai ketua agama negeri kekal dan peranan Perlembagaan mengekalkan identiti agama di negara ini terus dipelihara.

Asal usul

Anwar menempelak segelintir pihak yang membawa naratif ketuanan Melayu dengan melevel dirinya sebagai ‘Proto-Melayu’ apabila terkait isu perkauman, dan asal-usul etnik serantau. Beliau secara konsisten mengkritik pemimpin yang mengeksploitasi sentimen ketuanan Melayu sebagai alat politik. Beliau juga menekankan bahawa walaupun asas perlembagaan mesti dijunjung, fokus harus diberikan kepada pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan merentasi kaum, dan perpaduan negara.

Proto-Melayu merujuk kepada penutur Austronesia gelombang pertama yang berhijrah dari tanah besar Asia ke Kepulauan Melayu antara 2500 hingga 1500 SM. Dalam bidang antropologi dan sejarah kajian Proto-Melayu telah migrasi dihitung 1,000 tahun lebih awal berbanding gelombang Deutro-Melayu. Suku Negrito paling awal dikesan memiliki peradaban yang lebih maju seperti kemahiran menangkap ikan, membuat tembikar, dan pertanian.

Kumpulan ini adalah nenek moyang kepada beberapa kelompok Orang Asli di Semenanjung Malaysia seperti kaum Temuan, Jakun dan Semelai serta beberapa suku di Nusantara. Mereka membawa kemahiran bercucuk tanam dan pembuatan tembikar. Mereka adalah pelaut mahir dengan kemahiran bercucuk tanam asas, yang kini menjadi nenek moyang kepada sebahagian besar masyarakat Orang Asli di Malaysia sebelum kemunculan gelombang kedua migrasi, iaitu Deutro-Melayu yang lebih mahir dalam teknologi logam.

Dalam kajian genetik moden mendapati suku kaum Proto-Melayu berkongsi pertalian yang rapat dengan majoriti etnik Melayu moden hari ini. Presiden Umno Ahmad Zahid pula keturunan Jawa, iaitu kedua-dua ibu bapanya dilahirkan di Indonesia sebelum berhijrah ke Tanah Melayu pada awal 1930-an. Bapanya, Raden Hamidi bin Raden Abdul Fatah berasal dari Kulon Progo, Yogyakarta manakala datuk sebelah ibunya dari Ponorogo, Jawa Timur. Ibu beliau, Tuminah Abdul Jalil, berasal dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Meskipun beliau berdarah kacukan Indonesia Jawa tetapi beliau dilahirkan di Bagan Datuk, Perak dan pernah dibesarkan oleh bapa angkat berbangsa Cina dipetik dari laman Wikipedia Bahasa Melayu.

Kerjasama

Dari segi politik beliau secara konsisten menolak kerjasama dengan PAS bahkan menyatakan bahawa Umno tidak akan bekerjasama selagi Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerajui parti tersebut dan turut menyifatkan sejarah pengkhianatan kepimpinan PAS sebagai penghalang utama permuafakatan.

Walaupun wujud keputusan daripada PAS agar ahli mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Johor bagi mengelakkan perpecahan undi kerana perpaduan ummah suatu agenda umat Islam Melayu termasuk rakyat Malaysia seluruhnya, sama ada Melayu dan bumiputera mahupun bukan bumiputera. PAS menerima muafakat dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk bukan bumiputera yang tidak ekstrem.

Presiden Umno pula menafikan wujudnya sebarang ‘pakatan sulit’ di antara BN dengan PAS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini, ketika kepimpinan PAS mengarahkan ahli dan penyokong parti mereka mengundi calon-calon BN termasuk calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC.

Manakala Veteran DAP, Kit Siang yang memperjuangkan konsep “Impian Malaysia” perlu membuktikan keikhlasan dan tidak menjadikan isu perpaduan sebagai modal politik bermusim. Dalam satu ceramah di Perling dihadiri 90 peratus kaum Tionghua dalam kumpulan umur lebih 50 tahun, beliau berkata, pilihan raya negeri Johor bukan sekadar pertandingan memilih kerajaan negeri baharu sebaliknya menjadi medan penting untuk menentukan sama ada negara terus melangkah ke hadapan atau kembali kepada politik lama yang berteraskan perkauman.

Menurutnya sebuah negara yang lebih adil, lebih bebas, lebih makmur berlandaskan kedaulatan undang-undang serta menghormati hak asasi manusia. Beliau dianggap ikonik parti menggesa pengundi Johor supaya tidak memecahkan undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor, dengan alasan tindakan itu boleh menjejaskan usaha membina sebuah Malaysia yang bersatu. Analisis di lapangan mendapati DAP menyeru kaum Tionghua bersatu teguh memberikan undi kepada DAP kerana survival masa depan DAP terletak undi etnik Cina.

Merosot

DAP sedar sokongan kaum Tionghua merosot berdasarkan indeks prestasi kerajaan Madani yang gagal memenuhi inspirasi serta gagal menunaikan janji-janji. Hakikatnya DAP mengekalkan polisi Malaysia Malaysian. Veteran DAP itu perlu keluar dari opera tanah besar atas nilai kesetiaan sebagai rakyat Malaysia yang tegar jati diri melalui asas pembentukan negara, memartabatkan bahasa kebangsaan serta menghargai identiti negara seperti budaya, sejarah dan ekosistem yang majoriti umat Islam.

DAP perlu benar-benar mengutamakan perpaduan bukan ejen memecah-belahkan masyarakat melalui persaingan berasaskan kaum, agama atau politik. Amalan saling menghormati dalam masyarakat majmuk bukan hanya musim pilihan raya tetapi dikesan mereka hanya berdiam diri apabila kepercayaan dan tradisi masyarakat terutama peribumi diejek dan dipersoalkan pihak lain.

Sebaliknya sikap saling menghormati yang tulus ikhlas bukan simbol semata-mata sebaliknya tanda menjaga maruah, hak dan kepercayaan setiap rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama. Rakyat boleh membezakan antara realiti atau sketsa politik bukan pertaruhan kuasa dalam menangani isu perpaduan bawaan ideologi masing-masing hanya diketengahkan apabila tiba musim pilihan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *