Serantau

Tehran ikrar balas dendam

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob |

ANCAMAN bunuh terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dari Tehran memaksanya menukar pesawat Air Force One, kerana jet baharu yang dihadiahkan oleh Qatar Jet Boeing 747 dilaporkan tidak dilengkapi sistem pengesanan peluru berpandu.

Trump dilapor meninggalkan sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Turkiye atas realiti keselamatan tahap serius, sementara yang lain menganggap ia sebahagian daripada perang psikologi.

Maklumat perisikan Israel berkongsi laporan dengan Amerika Syarikat berhubung plot pembunuhan Trump apabila Tehran berikrar untuk membalas dendam terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei dengan membawa sepanduk mengancam nyawanya.

Sayyid Mojtaba Khamenei, merupakan pengganti yang mewarisi perjuangan kebebasan sebahagian dari misi jihad.

Pemimpin tertinggi Iran itu mengujarkan bahawa kemahuan rakyatnya akan ditunaikan atas kematian almarhum pemimpin agung yang berusia 86 tahun dalam serangan tentera udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) 28 Februari 2026. Pada pidatonya, Sayyid Mojtaba mengatakan bahawa pemimpin yang syahid menjadi korban dan tidak bersalah.

Mereka juga tertindas tidak pernah gentar, namun berbangga misi Ilahi sebagai hamba Allah yang soleh bersama-sama jutaan rakyat Iran berhimpun memberi penghormatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jenazah almarhum Ali Khamenei.

Penghormatan

Jenazah Almarhum Ayatollah Ali Khamenei dibawa untuk penghormatan terakhir di Tehran dan Iraq, sebelum selamat dikebumikan di makam Imam Reza, Mashhad pada awal Julai.

Kemangkatan beliau menandakan garis merah Republik Islam telah hilang tokoh selama tiga dekad sebagai kompas kuasa tertinggi dalam ketenteraan, ideologi dan politik Iran.

Malah kuasanya merentas badan kehakiman dan dasar diplomatik termasuk keputusan presiden mahupun parlimen.

Kalimat melestarikan ajaran Ayatollah Ali Khamenei sebagai suatu tanggungjawab dan beliau berjanji akan berdiri teguh serta berkiblat ke jalan yang lurus, malah tidak takut pada ancaman kerana panduan ditinggalkan almarhum untuk menegakkan panji dan dan janji-janji Ilahi sudah digarap bersama masyarakat awam.

Langkah Iran mengubah strategi perang dalam konflik di antara AS dan Iran yang kembali memanas. Laporan The Telegraph, rudal dan drone Iran menggempur pangkalan tentera AS di Kuwait dan Bahrain dengan memaksimun posisi geografis untuk menekan kepentingan AS dan sekutunya.

Strategi perang yang dihitung efektif dan ekonomis, iaitu menutup total Selat Hormuz sekali gus mengganggu jalur distribusi minyak dunia dengan menyerang kapal tangki sehingga menargetkan fasilitas energi di kawasan Teluk.

Selanjutnya memperluas tekanan ke Selat Bab el-Mandeb dengan memanfaatkan kelompok Houthi di Yaman untuk mengganggu jalur perdagangan dan distribusi energi internasional.

Tambahan strategi signifikan pascaperang yang berlanjutan meningkatkan biaya perang bagi AS kerana operasi ketenteraan Washington memakan biaya besar dan risiko berbahaya. Di samping itu Tehran mahu melumpuhkan pihak musuh sama ada AS atau Israel, dikesan tidak mampu merangka bentuk serangan balas dari Iran.

Militer

Iran tetap memperkuat kemampuan militer dengan mengembangkan rudal balistik, rudal hipersonik, drone tempur dan membangun kembali sistem pertahanan udaranya serta meluaskan aset militernya ke pelosok lokasi.

Pengajaran ‘peraturan antarabangsa’ versi Washington setelah Iran akur bertahun-tahun membuka pintu kepada pemeriksa IAEA di bawah JCPOA tetapi Iran tetap dibom atas propaganda Israel dan AS kononnya Iran membangunkan senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei menegaskan Tehran tidak akan membenarkan IAEA (International Atomic Energy Agency) memeriksa tapak nuklear yang rosak akibat serangan AS dan Israel.

Iran turut mendakwa Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2231 secara praktikalnya sudah kehilangan kesahan undang-undang kerana AS khusus Donald Trump membunuh perjanjian itu secara sepihak.

Iran masih meneruskan kerjasama dengan badan nuklear tersebut tetapi prasyarat tetap mempertahankan kedaulatannya bukan ‘kerjasama’ versi Washington yang menuntut pintu terbuka.

Israel bukan anggota NPT (Nuclear Non-Proliferation Treaty) kerana tidak membuka kemudahan nuklearnya kepada pemeriksaan IAEA seperti Iran. Israel tidak dikenakan sekatan kerana program nuklearnya.

Sebaliknya Iran ulang kali diperiksa, dipantau, disekat, dituduh dan akhirnya dibom. Kemudian mereka menunding keras atas keraguan Tehran yang tidak lagi mempercayai sistem tersebut.

Media antarabangsa mengesan gelombang serangan peluru berpandu balistik dan dron Iran secara besar-besaran terhadap tapak tentera AS dan sekutunya di seluruh Teluk, sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas wilayahnya.

Iran dilaporkan melepaskan 12 peluru berpandu balistik ke arah Pangkalan Udara Muwaffaq Salti, dipercayai menempatkan jet pejuang F-35 milik AS menyebabkan sistem pertahanan udara Jordan telah diaktifkan.

Manakala di Bahrain, siren telah dibunyikan. Berita Fars melaporkan kejadian letupan berhampiran fasilitas tentera Amerika kemungkinan menyasarkan ibu pejabat Armada Kelima AS.

Malah letupan berlaku ketika peluru berpandu Iran menyasarkan tapak tentera dan antena komunikasi satelit di Qatar dimusnahkan. Sistem peluru berpandu Patriot di Kuwait dimusnahkan termasuk di Qatar.

Kementerian Pertahanan UAE (Emiriah Arab Bersatu) pula menyatakan pertahanan udara UAE memintas peluru berpandu balistik dan dron menyebabkan letupan di seluruh Dubai dan Abu Dhabi, dalam tempoh lebih dua bulan dan pengkalan udara Al Dafra musnah.

Donald Trump mengeluarkan kenyataan yang sinis dan angkuh bahawa mereka telah menghancurkan Iran dan menuduh Iran terdesak inginkan perdamaian sambil berjenaka.

AS kononnya memberi rakyat Iran bercuti seminggu untuk urusan pengebumian Ayatollah Ali Khamenei yang dihadiri jutaan rakyat Iran berkabung di jalanan.

Perdayakan dunia

Trump memperdayakan dunia supaya mempercayai Washington sengaja memberi ruang kepada Tehran untuk menguruskan pengebumian pemimpin mereka atas dasar kebaikan dan ihsannya.

Dalam kamus geopolitik antarabangsa perkataan ihsan tidak pernah wujud. Kuasa besar tidak pernah bertindak atas dasar belas kasihan. Setiap keputusan yang dibuat sama ada melancarkan roket atau menangguhkan serangan adalah bersandarkan perkiraan untung rugi.

Walhal AS menggigil ketakutan untuk menekan picu senjata meski sebutir peluru berpandu ke arah Tehran pada waktu pengebumian berlangsung mengundang risiko petaka korban.

Rakyat Iran mempunyai jiwa patriotisme dan jati diri tinggi terhadap pemimpin agung jauh lebih besar daripada profil seorang presiden biasa. Beliau merupakan simbol penyatuan serta politik tertinggi bagi Iran dan proksi di Timur Tengah.

Realitinya Trump gagal memperbodoh orang awam untuk dilihat penguasa dominan. Pentagon tidak akan memberi lampu hijau untuk mencetuskan peperangan berskala penuh secara melulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *