California wilayah baharu Iran?
Oleh Dr Zulkeflee Yaacob |
CALIFORNIA sebagai wilayah Iran baharu dengan menandai warna biru pada peta Amerika Syarikat (AS) seperti disiarkan dalam akaun rasmi Konsulat Jeneral Iran di Hyderabad, India.
Ia sebagai reaksi terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam cicipannya di medsos menyebut Selat Hormuz sebagai ‘wilayah baru AS’ selepas perang tamat.
Trump berkongsi imej itu di akaun Truth Social miliknya, menunjukkan peta Selat Hormuz dengan laluan air strategik. Kemudian Rumah Putih (White House) menyiarkan semula catatan Trump di akaun rasminya di platform media sosial AS X.
Perang sindiran di antara Teheran dan Washington terkait Selat Hormuz tular di media sosial selepas konflik berlarutan selama beberapa bulan.

Trump menuntut Selat Hormuz sebagai wilayah baharu AS. Manakala Iran pula mendakwa California merupakan rumah kepada populasi Iran-Amerika terbesar di Amerika Syarikat, terutamanya di sekitar Los Angeles.
Los Angeles
Lokasi itu menjadi salah satu pusat terbesar diaspora Iran di AS selepas Revolusi Islam Iran pada 1979, dengan kawasan Westwood di Los Angeles muncul sebagai pusat utama kehidupan diaspora Iran yang lazim dikenali sebagai ‘Tehrangeles’.
Langkah tersebut hanya memperlekeh AS sebagai Hormuz Trump tetapi mengungkapkan signifikan hubungan budaya di antara Iran dan California.

Tambahan dalam pilihan raya khas untuk kerusi Kongres AS di Daerah ke-14 California dimenangi Aisha Wahab yang berdarah Afghan-Amerika menggantikan bekas anggota Kongres, Eric Swalwell.
Kemenangannya atas kempen memakan kos tinggi hampir AS$6.4 juta daripada Super PAC yang dikaitkan dengan AIPAC bagi menyokong lawan serta menyerangnya.
Beliau seorang senator negeri California yang berhaluan sayap progresif parti Demokrat membawa agenda akses penjagaan kanak-kanak sejagat dan kebajikan golongan pekerja.

Wilayah California di bahagian Barat Amerika Syarikat, berbatasan dengan Oregon di Utara, Nevada dan Arizona di Timur, dan Samudra Pasifik di Barat.
California rasmi menjadi wilayah bahagian pada 9 September 1850, sebagai bahagian dari kesepakatan yang dikenal sebagai ‘Kompromi 1850’. Kompromi itu bertujuan untuk menyelesaikan perselisihan mengenai status wilayah baharu yang diperoleh Amerika Syarikat setelah Perang Mexico-Amerika.

Sebagai wilayah bebas, California memiliki pemerintahan sendiri yang terdiri dari tiga cabang utama: eksekutif, legislatif, dan judisiari (kehakiman).
Cabang eksekutif dipimpin oleh seorang gabenor. Cabang legislatif terdiri dari Senat dan Majlis yang bertugas membuat undang-undang. Sementara itu, cabang judisiari bertanggung jawab untuk menafsirkan undang-undang dan mengadili kasus-kasus hukum.

Selain itu, California juga mengirimkan perwakilan ke Kongres Amerika Syarikat, termasuk anggota DPR dan senator untuk mewakili kepentingan California.
California memiliki hak dan tanggungjawab yang sama dengan wilayah lain di Amerika Syarikat. Ia termasuk hak untuk berpartisipasi dalam pemilihan dan pelbagai program serta mengatur urusan internalnya sendiri, seperti pendidikan, kesehatan, dan pengangkutan.
Namun, California tetap akur pada Konstitusi Amerika Syarikat dan hukum federal, di samping kebebasan bukan mutlak.

Konflik Iran dan AS mengenai status Selat Hormuz menyebabkan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian memberitahu negaranya kini berdepan ‘perang habis-habisan’ dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan keselamatan dengan pihak yang dianggap sebagai musuh.
Iran berdepan tekanan AS apabila semua negara atau perniagaan yang memberi nyawa atau berurusan dengan Iran akan terkena akibatnya.
Trump juga mendakwa yang kini mata wang Iran tidak lagi bernilai di peringkat antarabangsa. Sekatan itu menyasarkan pemindahan wang antara Iran dan mana-mana perniagaan seluruh dunia, pembelian rumah, penyeludupan minyak dan syarikat palsu.
Trump juga menyeru semua sekutunya menyertai AS untuk menewaskan dan memastikan Iran tiada senjata nuklear serta mengelak ancaman Iran. Namun Iran terus bertahan dan berusaha memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi perang yang tidak seimbang.
Agensi berita Iran Tasnim dalam laporan menyatakan bahawa Iran sudah bertahun-tahun berjaya mengatasi sekatan AS dan Barat dengan pelbagai cara. Malahan negaranya berjaya menanganinya dan percaya sekatan baharu itu akan gagal kelak.
Musuh Iran
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran telah memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyertai perang ekonomi AS terhadap Iran akan dianggap sebagai musuh.
Iran menyifatkan sekatan baharu Washington sebagai pengisytiharan perang dan percubaan memaksakan kedaulatan luar wilayah, namun menegaskan strategi tekanan itu akan gagal.

Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, pula menegaskan AS tiada pilihan, selain berunding dengan rakyat Iran secara hormat. Beliau menyifatkan operasi ekonomi terhadap Iran yang diumumkan Donald Trump, sebagai taktik berulang dan bentuk tekanan yang sering digunakan dalam dasar AS.
Trump menerusi Truth Social mengumumkan operasi ekonomi paling dahsyat terhadap negara yang didakwa memberikan sokongan kepada Iran.

Walhal AS dan Iran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menamatkan perang termasuk di Lubnan pada pertengahan Jun 2026. Antara terma kedua-dua negara dijadual mengadakan rundingan dalam tempoh 60 hari bagi mencapai perjanjian muktamad.
Oleh itu, satira Iran hanya penghormatan kepada komuniti besar rakyat Iran yang tinggal di Los Angeles ketika hala tuju perundingan tidak jelas dan ketegangan Iran-AS masih wawenang.

