Militer AS tidak mampu tunduk Iran
Oleh Dr. Zulkeflee Yaacob |

PRESIDEN Iran Dr Masoud Pezeshkian mengumumkan negaranya sudah memasuki perang ‘skala penuh’ melawan Amerika Syarikat (AS) apabila negara polis dunia itu mengebom infrastruktur penting termasuk jalan raya, rel kereta api, terowongan dan jambatan.
Perang tidak terarah kekuatan militer dan rudal tetapi meluas ke sektor ekonomi. Beliau menyatakan demikian ketika pertemuan Dewan Yudisial Tertinggi Iran pada minggu ketiga Julai seperti dilapor IRNA (Islamic Republic News Agency).
Analisis dalam laporan media CNN pula khusus Indonesia bahawa Pezeshkian menyatakan AS menyedari ketidakmampuan untuk menundukkan Iran melalui serangan militer semata tetapi konfrontasi sektor ekonomi dan kos hidup masyarakat.
Pemerintah Iran mengawasi inflasi serta tekanan hidup dilihat berpotensi memicu ketidakpuasan sosial dalam masyarakat. Malah, konflik Iran-AS juga memicu ketidakstabilan geopolitik yang luas di kawasan Timur Tengah apabila AS memperluas serangan dan memperketat sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran.
Malah, Washington memperlaku sanksi baru yang menyasar puluhan individu, kapal, serta perusahaan yang diduga mendukung jaringan jualan minyak Iran.
Serang pangkalan AS

Iran tidak diam sebaliknya melancarkan bertalu-talu peluru berpandu generasi baharu ke pangkalan tentera AS di Kuwait, iaitu pusat simpanan bekalan amunisi termasuk peluru berpandu dan bom.
Peralatan perang AS habis dimusnahkan di samping berek penginapan anggota tentera turut terjejas dengan enam struktur besar hancur sepenuhnya dan tiga lagi alami kerosakan teruk.
Sistem radar dan pertahanan udara AS lumpuh dan keupayaan pengesanan tentera US semakin lemah. Aset yang paling bernilai tinggi yang dimusnahkan termasuk beberapa unit dron milik tentera AS seperti dron MQ-9 Reaper yang setiap satunya cecah 150 juta dollar atau RM600 juta.
Serangan peluru berpandu sebagai reaksi balas geopolitik kerana AS yang memulakan provokasi dengan melancarkan siri serangan udara membedil sasaran di wilayah Iran.
Tindakan itu mencabar kedaulatan negara Iran. AS sudah lama memacakkan pangkalan tentera darat di Kuwait sebagai usaha menghalang kemaraan Iran.

Pelan hegemoni AS menghalang penyatuan musuh-musuh mereka di Eurasia daripada menjadi kenyataan, AS mahu memastikan dapat mengawal titik pertemuan antara benua Eropah, Asia dan Afrika, iaitu wilayah Timur Tengah.
Matlamat utama dasar luar Washington usai Perang Dingin memastikan tiada mana-mana kuasa tunggal yang berjaya mengawal atau mendominasi rantau tersebut secara mutlak. Pembinaan pangkalan tentera di wilayah Arab semata-mata sebagai polis serantau untuk mengkucar-kacirkan kestabilan musuh mereka.
Sekat pengaruh Iran

Kehadiran tentera AS di Kuwait sebagai pelan strategik untuk menjadikannya sebagai proksi dan zon penampan fizikal bagi menghalang kemaraan pengaruh Republik Islam Iran.
AS mengeksploitasi kecurigaan jiran-jiran Arab dengan menggunakan janji pelaburan keselamatan dan jualan senjata berteknologi tinggi untuk memaksa negara Teluk terus bergantung kepada Washington.
Namun begitu, keberanian Iran melancarkan serangan peluru berpandu tepat ke arah kemudahan tentera AS berjaya memecahkan mitos bahawa kuasa kebal itu kononnya tidak boleh disentuh.
Tambahan AS secara keterlaluan campur tangan di negara luar khusus di Teluk. Mereka wajar menghadapi tindak balas yang kasar dan kejam, kerana kuasa besar Barat hanya akan faham kekuatan ketenteraan dan kos peperangan yang mahal.

Media Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan melaksanakan gelombang ke-27 dari operasi militernya yang diberi nama Nasr 2.
Dalam pernyataan rasmi yang dipublikasikan pada 24 Julai lepas IRGC menyerang sejumlah target kepentingan militer AS di kawasan Timur Tengah.
Sasaran tepat di sebuah pusat data terkait dengan perusahaan teknologi Amazon. IRGC juga menyatakan operasi tersebut merupakan serangan lanjutan dengan menggunakan dron terhadap depot amunisi di Pangkalan Udara Ali Al-Salem.
Ledakan besar

Pangkalan itu mengalami kerosakan serius akibat ledakan besar. Serangan kompleks barak personel di lokasi terdapat kerosakan sejumlah bangunan dan korban nyawa militer AS.
IRGC menguar-uarkan cerakin senarai kerosakan lengkap, iaitu radar dan pertahanan udara dengan tujuh pusat arahan dan kawalan, tiga sistem komunikasi satelit, enam radar pertahanan Patriot, tiga radar kawalan dan pemantauan udara serta maritime.
Selain itu lapan sistem radar pengesanan dan amaran awal, tujuh radar pertahanan peluru berpandu udara, tiga sistem radar EPS, dua radar EPS-117, lima radar jarak jauh, dua radar pertahanan udara dan sebuah kompleks radar taktikal.
Kedua melibatkan kemusnahan logistik, iaitu enam pusat penyelenggaraan pesawat pejuang dan helikopter, tiga pusat sokongan dan logistik, 12 tangki simpanan bahan api, 17 gudang persenjataan, alat ganti kapal dan pesawat, dan enam depot simpanan peluru berpandu.
Manakala fasiliti operasi yang rosak, iaitu enam gudang dron MQ-9,1 premis menyimpan dan menyelenggara dan penyediaan pesawat F-15, premis dron yang mengandungi lapan dron baharu, dua pusat arahan operasional militer, masing-masing satu platform pengisian bahan api kapal pengangkut pesawat.
Turut musnah premis pesawat P-8, stesen pengepaman bahan api, pusat data perisikan dan pusat kecerdasan buatan (AI) serta dan pusat pemprosesan data yang dikaitkan dengan Amazon.

Selanjutnya kerosak teruk empat pelancar HIMARS, lima premis pesawat pejuang, empat kompleks pertahanan udara Patriot, enam pelancar peluru berpandu, dua pusat telekomunikasi dan risikan isyarat.
Kerosakan yang beraku tidak dikesamping, iaitu sebuah pusat penyimpanan kapal kawalan jauh, jeti bahan api, pesawat pejuang F-15 di dalam shelter, pesawat P-8 dan pesawat pengangkut C-17. Selanjutnya lapan pesawat pengisian bahan api dan empat helikopter berat serta enam peluru berpandu simpanan telah rosak total.
Termasuk empat shelter pesawat pejuang, enam ramp penerbangan dan parkir pesawat. Malahan aset operasi udara turut mengalami kerosakan, iaitu 11 pesawat pejuang dan helikopter militer darat, 17 dron peninjauan dan operasi, dan lapan daripada 17 dron tersebut didakwa masih baharu.
Bagaimanapun AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi senarai hebahan kerosakan dan namun tidak membantah senarai detail oleh IRGC. Bagaimanapun seluruh klaim tersebut belum dapat diverifikasi secara independen.
Dalam pernyataan terpisah, IRGC juga menyampaikan jumlah korban di pihak militer AS lebih besar daripada yang diumumkan secara rasmi. Namun, operasi militer dan jumlah korban itu belum mendapat verifikasi dari sumber independen atau pernyataan rasmi pihak-pihak yang terlibat.
Situasi keamanan di kawasan Timur Tengah masih berkecamuk dan pelbagai informasi dari IRGC dan AS menjadi perhatian awam.
Oleh itu, umat Islam perlu ikut serta dalam geopolitik kuasa dan persenjataan bukan lagi menjadi penonton pasif dan membiarkan garisan kedaulatan dicatur rencam oleh negara adidaya atau kuasa asing.

