Langkau ke kandungan
Dari Kelantan, untuk semuaKhabar negeri. Suara masyarakat. Perspektif serantau.
Temubual

Isyarat PRU-16 semakin jelas

Editor: Arus Lebir1:20 petang222 views
Saiz teks20px

SALMAH MAT HUSAIN

PENGUMUMAN awal Umno parlimen Gerik dikhaskan untuk Setiausaha Agung parti itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki disifatkan ‘perang’ politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sudah bermula.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengumumkan perkara itu sempena program Pemukiman Kepimpinan Umno Bahagian Gerik di Pusat Ilmu Janda Baik di Pahang semalam.

Selain itu turut diumumkan Adun Temenggor, Datuk Salbiah Mohamed akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi sama.

Oleh itu Zahid menggesa penduduk Gerik supaya menerima Asyraf Wajdi sebagai calon.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dr Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik kepada calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob (PN) dengan majoriti 1,377 undi.

Sedangkan Gerik sebelum ini merupakan kubu kuat Umno di Perak.  

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Asyraf diberi keutamaan oleh Umno biarpun gagal dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Kata beliau pemimpin terbabit bertanding di Tumpat pada PRU13 yang pernah diwakili ayahnya, namun beliau tewas.

“PRU14 pula beliau dicalonkan di Pasir Puteh dengan jawatan senator dan timbalan menteri, tetap kalah juga. PRU15 diberikan kawasan paling selamat dan kubu Umno di Gerik, juga kalah,” katanya pada kenyataan.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Umno berkata, dua tahun sebelum PRU16, Presiden Umno sudah memuktamadkan kerusi Gerik untuk Asyraf Wajdi.

Kata beliau Zahid bertindak begitu kerana beliau penyokong kuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rapat dengan pemimpin DAP.

“Perak ialah negeri Perdana Menteri dan kawasan kuat DAP. Presiden Umno juga berasal dari negeri itu, maka Gerik dianggap baik untuk Asyraf,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan pengumuman tersebut menggambarkan Umno sudah bersedia mahu merampas Gerik, dan tentunya memberi cabaran besar kepada penyandang sekarang.

Kongsi artikel
WhatsAppFacebook

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.